Thursday, November 5, 2009

I WROTE THIS!

"Aku sudah penat. terlalu penat. aku sudah tidak berdaya untuk
mempertahankan diriku. malah, aku sudah puas dan jelak mencari kasih sayang
yang aku idamkan.
biarlah. biarah keinginanku hanyut dan ditimbun arus. cita-citaku seumpama
jala sejengkal bertebaran di lautan yang luas terbentang
manakan pula ikan akan tersangkut.
sungguh mustahil.
cukup disini sahaja seribu hajat yang aku bekalkan.
jatuh pecah mahupun berkecai sejuta serpih,
tidak akan aku kutip sekali lagi.
pandanganku sudah luas.
kekejaman seorang insan yang disayangi kian
terserlah disebalik kolam berkaca.
hatiku mula bertanya,
"adakah beliau yang seharusnya mendidik
dan mengasah etika hidupku?
sungguh tidak layak!"
maruahnya sebagai seorang wanita, hancur
berderai bagaikan biji tasbih bertaburan di kayu jati.
sedih.
sanggup beliau mempertikaikan kehormatannya
sebagai seorang wanita
hanya kerana sejenis makhluk yang digelar
LELAKI!!



LOVE,
SLAPS-HEAD-QILLY

No comments: